" Jangan bimbang, jangan ragu
Kau tetap bintang hatiku ..."
Ini sebuah karangan yang bertajuk -
Cara-Cara sekolah dapat memupuk
minat kepada budaya dalam kalangan remaja Melayu .
***
Budaya itu penting dalam kehidupan seharian seorang
remaja dan kami harus memegang teguh kepada budaya Melayu
malah berasa malu tentangnya . Kita sepatutnya amat
gembira kerana ada budaya Melayu . Jika
kita orang Melayu sendiri tidak sokong budaya Melayu ,
siapa pula hendak menyokong atau berpegang kepada budaya Melayu ?
Itulah sebabnya kita semua jika di sekolah , di rumah ,
atau di manapun , seperti luar negeri , kita harus
memunjukkan yang kita berpegang teguh kepada
adat isti adat kita .
Ada beberapa cara yang boleh diambil oleh sekolah
untuk memupuk minat kepada budaya dalam
kalangan remaja Melayu .
Cara pertama sekolah boleh mengambil adalah
dengan lawatan ke luar negeri seperti ke
Melaka yang boleh mengajari mereka tentang budaya
Melayu seperti bagaimana hendak membuat raga,
ondeh-ondeh atau pun batik yang akan
lebih menarik perhatian mereka kepada budaya Melayu .
Contohnya , dengan itu , mereka dapat memahami
tentang budaya melayu dengan lebih terlanjut dan dapat
berinteraksi dengan orang-orang
kampung di sana yang masih rapat dengan
budaya yang hampir sudah tiada di Singapura .
Selain daripada itu, sekolah juga dapat
memupuk minat kepada budaya Melayu dengan
menyambut Hari Kebangsaan kaum ,
Hari Raya Cina , Hari Raya Puasa dan
lain lagi yang dapat mengajar remaja-remaja
kini tentang budaya mereka dengan seronok .
Misalnya , sekolah boleh mengadakan pameran ,
yang menunjukkan baju-baju tradisional bangsa-bangsa
lain pada hari Kebangsaan kaum. Mereka juga boleh
mengajar murid murid tentang budaya kita
pada hari Raya Puasa dan remaja-remaja
kini dapat belajar tentang budaya mereka dengan
secara senronok dan begerbira .
Seterusnya sekolah juga boleh menganjurkan persembahan
budaya yang bermaksud yang ramai pelajar akan
terlibat dalam pertunjukkan dan pameran
Budaya Melayu ini secara rasmi . Budaya
akan juga ditunjukkan dalam adab sopan
dan gaya pakaian peserta dalam pesembahan itu .
Kita boleh ambil contoh seperti, kumpulan-kumpulan
seni yang membuat pertunjukkan seperti
tarian tradisional atau silat semasa
persembahan itu . Juga, sekolah boleh membawa
pelajar untuk menonton persembahan-persembahan
budaya untuk memupuk rasa
sayang kepada budaya ini .
Tambahan lagi , sekolah juga digalakkan untuk
menerapkan budaya dalam pengajaran
seperti membuat tinjauan budaya dalam
pengajaran bahasa ataupun
permainan bahasa dan budaya dalam
pengajaran harian kita .
Contohnya adalah seperti , permainan-permainan
tradisional melayu , tinjauan tentang persepsi
remaja akan membuat kami lebih bersyukur
dan cintai budaya Melayu .
Dengan budaya Melayu , ia dapat
membuat kami seorang yang bersopan-santun,
nerbudi-bahasa, adat isti adat dan juga
prinsip hidup serta mempunyai nilai-nilai
teras disiplin .
Kita tidak patut benci atau tidak suka budaya
melayu kerana kita adalah orang Melayu
dan tampa budaya , kita sebagai orang
Melayu tiada apa-apa.
Ia seperti kehilangan identiti dan
jati diri dan kita akan menjadi tidak unik .
Dengan itu , budaya melayu amat
penting dan kita patut menhargainya
kerana mungkin satu hari nanti ,
ia akan hilang .
******
Okey . Karangan Kampong Glam
akan di catat di masukkan yang seterusnya .
Sabb :D