<body>
mencurihatiku
тєкαη αяcнινє נυlу υηтυк мєlιнαт ѕємυα мαѕυккαη
тєηтαηg gυα
shut up and sit down
ѕαвяιηα ƒαιѕαl♥

//Neon Lights Text II by G.P.F. (gpf@beta-cc.de) //visit http://www.beta-cc.de //Visit http://www.dynamicdrive.com for this script var message="ღ SABRINAFAISAL" var neonbasecolor="#888888" var neontextcolor="#FF4C71" var neontextcolor2="#dddddd" var flashspeed=150 // speed of flashing in milliseconds var flashingletters=2 // number of letters flashing in neontextcolor var flashingletters2=1 // number of letters flashing in neontextcolor2 (0 to disable) var flashpause=0 // the pause between flash-cycles in milliseconds ///No need to edit below this line///// "Izinkanku mencuri bayangan wajahmu ;
Izinkanku mencuri khayalan denganmu"
ηαмα : ѕαвяιηα♥
ѕєкσlαн : утѕѕ♥
Saya amat suka bermain-main ,
berketawa dan membuat apa-apa saja
yang amat geyrek dibuat !
Saya sayang kawan-kawan sekolah saya ,
keluarga saya dan Cikgu Zahara juga !
Jangan lupa tag dan
tinggalkan message okay ?
Ye lah , itu saja . Bai-bai !



мємвєяѕ αкυ
hook me up

郃αн αяιηαн ƒαяαнιη яιƒqι



яαdισ αηтιк
music's in my soul


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


ρємιηαт кυ
keep on talkin'


мємσяι dυlυ
the forgotten past
March 2010 May 2010 June 2010 July 2010


уαηg ¢яєαтιf
the awesome ones

Budaya Melayu amat penting .
7/26/1010:32 AM
" Cinderella pun tiba ,
dengan kereta kencana ,
sepatu kaca hiasi kakinya .. "

Hello !
Hari ini , saya akan mencatat kegiatan-kegiatan
yang dibuat semasa kelas Bahasa Melayu
yang ada kaitan dengan Budaya Melayu .
Di kelas melayu saya , saya dapat peluang untuk
mempelajari lebih terdalam tentang budaya Melayu .

Kami telah mengadakan beberapa aktiviti-aktiviti
untuk menambahpengetahuan kita tentang Budaya Melayu.
Kami telah bermainmainan-mainan tradisional Melayu
dan mempersembahkan tentang
jenis-jenis cabang Budaya Melayu .

Kami juga telah mengadakan
sebuah tinjauan untuk lebih memahami apa
perasaan remaja-remaja
zaman kini tentang budaya Melayu dan jika meraka
menyokonginya atau tidak dan juga pun telah membuat sebuah
karangan tentang kepentingan budaya Melayu
serta sebuah ringkasan tentang Kampong Glam yang adalah
tempat orang-orang Melayu pergi untuk mengetahui
lebih tentang sejarah Budaya Melayu di Singapura .

Saya telah mendapat peluang unuk
bermain mainan-mainan seperti gasing ,
capteh , batu seremban , congkak dan banyak lagi
yang sangat
menarik perhatian saya dengan lebih kuat
untuk memperlajari lebih terdalam tentang Budaya kita .

***
Pergi dulu ya?
sabb ;D
back to the top
Permainan Tradisional
7/25/1010:13 AM
" bolehkah ku tanya nama siapa
ku memeng peramah
jangan marah .. "
Helo !
Inilah gambar-gambar yang telah diambil oleh Cikgu Zahara
semasa kami bermain permainan tradisional Melayu .
******

Farahin , iffah , arinah , syazwani dan Sabrina (saya )
sedang bermain batu Seremban .

*******

Amirah yang sedang mencuba mengulung
tali gasing .

*****

Itu sahaja untuk masukkan ini !
Sabb .

back to the top
Tinjauan 1
7/24/1010:11 PM

" Aku ingin engkau selalu ...
hadir dan temani aku .. "

Heii !

Kelas saja diberi tugas untuk mengadakan tinjauan
kepada remaja-remaja Melayu
dan mendapat
tahu apa yang mereka fikir tentang budaya kita ,
bidang apa yang paling diminati ,
jika budaya itu penting dan alasannya serta pendapat
mereka tentang remaja-remaja Melayu yang tidak
sokong Budaya Melayu dan apa mereka rasa adalah sebabnya .

Saya telah bertanya beberapa soalan-soalan
kepada dua orang rakan baik saya, bernama
Muhd Amirul , yang berumur 15 tahun
dan Raifana Roslan , yang berumur 13 tahun .
Daripada jawapan mereka , saya mendapat tahu yang
mereka berdua menyokong Budaya Melayu kita ini .

TINJAUAN (1)

Nama : Muhd Amirul
Usia :
15
Jatina : Lelaki

Soalan :
Mengapa Orang tidak meminati Budaya Melayu ?

Jawapan :
Ia kerana , ramai orang menganggap budaya melayu sabagai budaya
yang tidak 'kool' .
Ia sangat berbeza dari budaya-budaya kaum yang lain .
Contoh daripada budaya Melayu adalah .
Kami Diajar untuk bersopan-santun dan berbudi-bahasa.

Tetapi ramai budak remaja meayu yang bercampur dengan
budak remaja kaun-kaun lain berasa yang budaya
Melayu itu amat 'kental' , tidak seperti budaya kaum-kaum
lain yang tidak mengenaskan untuk bersopan-santun
dan berbudi bahasa seperti kaum Melayu .

PENDAPAT SAYA

Saya rasa apa yang dikatakan Amirul ini amat benar .
Remaja-remaja melayu memang bercampur dengan
budak-budak kaun lain dan mungkin terpengaruh
dengan budaya kaum mereka yang mereka merasai
adalah lebih
'kool' daripada Budaya kita .
Tetapi , ini bukan maksudnya kita tidak boleh bercampur
dan berkawan dengan kawan-kawan kami yang
berkaum lain-lain . Ini hanya bermaksud yang kami harus
berasa bangga dengan Budaya kita sendiri dan menunjuk kepada
murid-murid kaum lain yang kaum kita bagus juga dan
bukan hanya kaum mereka .
Kita juga tidak sepatut berasa malu bila memberitahu
kami orang Melayu . Kita harus mempercayai dengan kuat
kepada Budaya kita kerana , jika tidak ,
orang akan melihat Budaya kita sebagai budaya
tidak bagus kerana melihat reaksi kita
terhadap Budaya kita sendiri .

***

Itu sahaja !
Sabb ;D

back to the top
tinjauan 2
9:43 PM
" aku terlanjur cinta kepadamu ...
yang telah ku berikan seluruh hatiku ... "

Ada dua tinjauan yang telah saya mengadakan .
Hasil tunjauan yang pertama telah
dicatat di masukkan sebelum ini .
Inilah hasil tunjauan kedua .

TINJAUAN (2)

Nama : Raifana Roslan
Umur : 13
Jatina : Perempuan .

Soalan :
Adakah kamu meminati sebarang cabang
Budaya Melayu ?

Jawapan :

[X] Silat
[X] MUZIK
[X] PUISI
[X] PAKAIAN
[X] MAKANAN
[♥] TARIAN
[X] BAHASA

Soalan :
Mengapa ?

Jawapan :
Saya meminati sebuah cabang budaya iaitu seni Tarian .
Ia kerana walaupun kami menari di atas pentas ,
kami tetap berpagang teguh pada budaya
yang ditekankan oleh kaum Melayu iaitu sopan-santun
dan adat isti adat . Kami akan menari dengan
lembut yang membuat kami manis dilihat orang .

Soalan :
Adakah budaya penting dan mengapa ?

Jawapan :
Ya . Budaya itu penting kerana ia
menunjukkan identiti kami sebagai orang Melayu
yang mempunyai prinsip hidup dan dipandang
sebagai kaun yang mengutamakan adat isti adt kami .
ia juga memberi kaum kita dan
keluarga kita nama yang baik .

PENDAPAT SAYA

Memang benar yang budaya itu penting dan ia
menunjukkan identiti kita . Kita harus bersyukur yang
kita berada di dalam kaum Melayu
kerana kaum Melayu sering begembira
bergotong-royong antara satu sama lain
dan selalu membantu-bantu tampa kemaluan .
Juga , kita harus berpegang budaya melayu
dengan teguh kerana ia mengajar kita
adat isti adat seperti bersopan-santun ,
berbudi-bahasa dan menghormati orang-orang
yang lebih berpengetahuan dan yang lebih besar .

***
okay . byee !
sabb =)
back to the top
Carta Tinjauan .
7/23/102:57 PM
" tertutup sudah pintuku
pintuk hatiku
yang pernah dibuka waktu ,
hanya untukmu .. "

Carta Tinjauan

Saya rasa yang sebabnya Muzik dan Silat adalah yang
paling tertinggi
dalam hasilan ini adalah yang
remaja-remaja
Melayu kini gemar muzik dan Silat
.
Ada juga yang membuatnya sebagai
sebuah aktiviti
ko-korikulor di sekolah
. Silat dan muzik juga dibuat
dan dimainkan bila ada majlis perkahwinan .

Tarian juga amat digemari terutama sekali
untuk remaja-remaja perempuan . Tetapi
remaja
lelaki juga minat tarian separti kuda-kepang
dan dikir barat .

Bahasa dan puisi tidak bergitu diminati oleh
kalangan remaja kini kerana untuk kebanyankannya,
ia tidak biasa diamalkan dan adapun
yang tidak pernah
diluahkan kepadanya .

Untuk makanan dan pakaian , amat diminati
tetapi ia dikirakan sebagai sebuah
aktiviti seharian
dan
bukan
apa digemar buat .

Untuk saya , saya minati bidang Muzik
kerana ia mengurangkan stress dan
tekanan sekolah , harian dan apapun .

*****

Okey . Itu sahaja untuk
masukkan ini !

Sabb ;)

back to the top
Persembahan Budaya .
7/17/1010:39 AM
"Awan mendung yang berarak ,
bawa tangis bawa resah ,
rebah rindu yang terkumpul .
semua gerak dan kalimat ,
semua janji yang terikat ,
lebur disisiMu . "

Hey kawan-kawan !

Untuk kelas saya beberapa minggu lepas pula ,
saya kawan-kawan saya telah dipasangkan atau di
asingkan berseorangan untuk mempertunjuk
pengatahuan kita tentang satu cabang Melayu .

Cabang-cabangnya adalah ,
Silat , Pakaian , Makanan , Puisi , Muzik, Tarian
dan juga Kompang – yang dipisahkan daripada cabang muzik
untuk menjadi satu cabang tersendiri .

Untuk persembahan silat , rakan-rakan saya telah
menunjukkan sedikit tentang
cara silat dibuat dan bila ia selalunya dibuat ,
contohnya , di majlis perkahwinan .

Untuk bidang Pakaian pula ,
dua murid perempuan daripada kelas saya telah
datang memakai baju kurung dan kebaya ,
serta memakai sehelai selendang .
Mereka telah menerangkan tentang apa jenis
pakainan yang sedang dipakainya dan sedikit lagi
tentang jenis-jenis pakaian tradisional Melayu yang lain.

Itu hanya penerangan ringkas tentang dua
cabang-cabangan yang telah di persembahkan .

Yang ketiga , iaitu Makanan ,
telah dipersembahkan oleh saya sendiri .
Saya telah diberikan sebuah tudung saji
dan telah memberitahu kepada kelas saya yang
ia digunakan untuk topi semasa berkerja dibawah
kepanasan matahari, dan penutup makanan supaya
tidak dikotorkan dengan sentuhan lalat .
Juga , saya telah menerangkan tentang adat-adat memakan ,
cara memakan dan kerana kami , sebagai orang Melayu ,
mengapa kami asyik menggunakan
tangan kanan untuk bermakan .

Puisi diterangkan oleh tiga orang kawan
sedarjah saya yang telah membacakan sebuah
puisi untuk kelas dan telah memberitahu kita ,
sekelas , dengan lebih terdalam apa maksud
lirik puisi itu dan bagaimana ia ditunjuk
di dalam hidup seharian kita .

Muzik pula , ditunjukkan oleh dua rakan sekelas
yang telah menerangkan tentang instrument-instrument
yang digunakan , maksud liriknya dan apa
jenis muzik itu ; zapin .

Masih ada lagi !

Bidang Tarian telah dipersembahkan oleh tiga murid
perempuan yang telah menari didepan satu kelas
dan menerangkan tentang sebab-sebab
Tarian Melayu lain daripada Tarian budaya lain .

Akhirnya , bidang Kompang .
Ia diterangkan oleh dua budak lelaki sekelas saya ,
yang telah bermain sedikit kompang untuk menunjukkan
kepada kami suara apa kompang boleh membuat
bila dihentak di tempat berlainan
dan juga telah memberitahu kami dengan lebih terdalam
tentang cara kompang itu dibuat , bila ia biasanya dimain ,
dan dimana sumber suara yang didengar itu daripada kompang .

Itu sahaja yang akan dipost !
Saya akan menambah lagi tentang
apa aktiviti yang telah dibuat semasa dikelas untuk
mempelajari tentang Budaya Melayu dan apa saya
tahu tentangnya .

Byee semua !
sabb .
back to the top
Karangan budaya 1
7/14/105:03 PM
" Jangan bimbang, jangan ragu
Kau tetap bintang hatiku ..."

Ini sebuah karangan yang bertajuk -
Cara-Cara sekolah dapat memupuk
minat kepada budaya dalam kalangan remaja Melayu .

***

Budaya itu penting dalam kehidupan seharian seorang
remaja dan kami harus memegang teguh kepada budaya Melayu
malah berasa malu tentangnya . Kita sepatutnya amat
gembira kerana ada budaya Melayu . Jika
kita orang Melayu sendiri tidak sokong budaya Melayu ,
siapa pula hendak menyokong atau berpegang kepada budaya Melayu ?

Itulah sebabnya kita semua jika di sekolah , di rumah ,
atau di manapun , seperti luar negeri , kita harus
memunjukkan yang kita berpegang teguh kepada
adat isti adat kita .

Ada beberapa cara yang boleh diambil oleh sekolah
untuk memupuk minat kepada budaya dalam
kalangan remaja Melayu .

Cara pertama sekolah boleh mengambil adalah
dengan lawatan ke luar negeri seperti ke
Melaka yang boleh mengajari mereka tentang budaya
Melayu seperti bagaimana hendak membuat raga,
ondeh-ondeh atau pun batik yang akan
lebih menarik perhatian mereka kepada budaya Melayu .

Contohnya , dengan itu , mereka dapat memahami
tentang budaya melayu dengan lebih terlanjut dan dapat
berinteraksi dengan orang-orang
kampung di sana yang masih rapat dengan
budaya yang hampir sudah tiada di Singapura .

Selain daripada itu, sekolah juga dapat
memupuk minat kepada budaya Melayu dengan
menyambut Hari Kebangsaan kaum ,
Hari Raya Cina , Hari Raya Puasa dan
lain lagi yang dapat mengajar remaja-remaja
kini tentang budaya mereka dengan seronok .

Misalnya , sekolah boleh mengadakan pameran ,
yang menunjukkan baju-baju tradisional bangsa-bangsa
lain pada hari Kebangsaan kaum. Mereka juga boleh
mengajar murid murid tentang budaya kita
pada hari Raya Puasa dan remaja-remaja
kini dapat belajar tentang budaya mereka dengan
secara senronok dan begerbira .

Seterusnya sekolah juga boleh menganjurkan persembahan
budaya yang bermaksud yang ramai pelajar akan
terlibat dalam pertunjukkan dan pameran
Budaya Melayu ini secara rasmi . Budaya
akan juga ditunjukkan dalam adab sopan
dan gaya pakaian peserta dalam pesembahan itu .

Kita boleh ambil contoh seperti, kumpulan-kumpulan
seni yang membuat pertunjukkan seperti
tarian tradisional atau silat semasa
persembahan itu . Juga, sekolah boleh membawa
pelajar untuk menonton persembahan-persembahan
budaya untuk memupuk rasa
sayang kepada budaya ini .

Tambahan lagi , sekolah juga digalakkan untuk
menerapkan budaya dalam pengajaran
seperti membuat tinjauan budaya dalam
pengajaran bahasa ataupun
permainan bahasa dan budaya dalam
pengajaran harian kita .

Contohnya adalah seperti , permainan-permainan
tradisional melayu , tinjauan tentang persepsi
remaja akan membuat kami lebih bersyukur
dan cintai budaya Melayu .

Dengan budaya Melayu , ia dapat
membuat kami seorang yang bersopan-santun,
nerbudi-bahasa, adat isti adat dan juga
prinsip hidup serta mempunyai nilai-nilai
teras disiplin .

Kita tidak patut benci atau tidak suka budaya
melayu kerana kita adalah orang Melayu
dan tampa budaya , kita sebagai orang
Melayu tiada apa-apa.
Ia seperti kehilangan identiti dan
jati diri dan kita akan menjadi tidak unik .
Dengan itu , budaya melayu amat
penting dan kita patut menhargainya
kerana mungkin satu hari nanti ,
ia akan hilang .

******
Okey . Karangan Kampong Glam
akan di catat di masukkan yang seterusnya .

Sabb :D
back to the top
Karangan budaya 2 - Kampong Glam .
7/10/108:09 PM
" Masing-masing ada masalah
sendiri , masalah dunia ,
masalah peribadi .. "

Hei !

Ini adalah karangan Kampong Glam saya dan
pendapat saya tentangnya .

* Telah dirinkaskan daripada Berita Harian dan
sedikit tentang pengetahuan sendiri *


******

Asal petempatan Melayu terutama ialah
Kampung Glam yang yang pada zaman dahulu,
adalah tempat raja-raja bersemayam . Di Kampung
Glam juga , adalah tempat yang bermula
kehadiran perantau rumpun Melayu
dari sejauh Bugis sehigga ke Arab .

Kampung Glam menjadi kawasan Istana atau
pentadbiran kesultanan Melayu selepas
Singapura dibuka British . Ia juga pernah
merupakan pusat untuk menampung
kegiatan Islam dan pusat Jemaah haji
seNusantara .

Ada beberapa buah Masjid yang terletak
di Kampung Glam dan di tempat-tempat
mendekatinya . Masjud yang pertama
dibina , pada 1920 , ialah Masjid
Sultan . Masjid-masjid lain yang dibina
di daerah Kampung Glam ialah Masjid
Hajjah Fatimah dan Masjid Malabar .

Munshi Abdullah telah menulis
syair tentang Kampung Glam Terbakar .
Api kebakaran itu sangat besar sehingga
ke Kampung Jawa . Di Kampung Glam
juga terdapat Kampung Glam Radio
dan kedai Kampung Glam yang menjual
elektrik .

Kampung Glam akan dipilih oleh Jemaah
pada hari Jumaat setelah solat Jumaat
dari lima masjid di kawasan ini . Kampung
Glam juga mempunyai Orkestra Melayu
dan pertubuhan seperti Kesatuan Melayu
Singapura.

Oleh itu , sejarah Kampung Glam
dibukukan dan didokumensikan oleh
Taman Warisan Melayu dan badan-badan
melayu Islam dengan bantuan Jebatan
Sejarah Universiti Nasional Singapura .

Kampung Glam Adalah warisan kita, Kaum Melayu .
Disinilah asal peradaban Melayu
Islam Singapura dan kita akan rugi
besar dan akan memalukan
kaum kita jika kita tidak tahu tentangnya dan
tidak melaksanakannya .

Pada pendapat saya sebagai orang
Melayu Islam Singapura patut berasa
bangga dan gembira atas Kampung Glam kita
kerana dengan Kampung Glam ,
orang dapat memahami lebih tentang
budaya dan asal kita - orang Melayu , di
Singapura dan bukan sahaja daripada
pendapat ringkas mereka daripada apa-apa
yang dilihat tentang orang-orang melayu
di kawasan perumahan mereka .

Kita harus menunjukkan kepada
kaum-kaum lain yang fikir yang orang
Melayu tiada adat atau sejarah yang
kita mempunyai salah satu budaya yang
paling teguh dan kuat dengan sejarah kita
yang bermula dari berjuta tahun lepas .

*******

Itu sahaja untuk hari ini !
Lebih tentang Budaya Melayu akan
dicatat dalam masukkan yang seterusnya .

;D Sabb .
back to the top
Karangan Budaya 3 - Bergotong-royong
7/9/1011:21 PM
"terlalu banyak kena kopi
aku menyanyi
ditemani teko berasap
dan bau wangi "


Hei semua !

Untuk hari ini, saya akan mencatat tentang
Bergotong -Royong dalam Budaya Melayu .
Saya juga akan
memberi sedikit tentang pendapat dan
komen-komen saya terhadap karangan ini .

*************


Amalan bergotong-royong bermaksud membuat
sesuatu kerja secara bersama-sama,
iaitu secara tolong-menolong dan bantu-membantu.


Amalan bergotong-royong menjadi amalan masyarakat
Melayu sejak berabad yang lalu terutamanya
masyarakat Melayu di kampung-kampung .


Ramai mengatakan yang di Singapura ,
sifat bergotong-royong telah hapus selepas tahun-tahun
yang kami mengadakan barang-barang modern yang
menyebabkan tidak perlu bergotong-royong
untuk mencapai sesuatu .

Itu tentunya tidak benar !

Untuk ramai lagi kaum-kaum
Melayu di Singapura - seperti keluarga saya,
kami sering bergotong-royong jika
seseorang daripada keluarga kita mengadakan
sesuatu perkahwinan atau sambutan .

Keluarga-keluarga saya akan berkumpul
dan menolong memasak , menghias dan
mencuci atau menyusun apa-apa .

Dengan ini , perhubungan kita sebagai
sebuah keluarga akan menjadi lebih akrab
dan talian kita antara satu sama lain
akan lebih kuat .

Ada banyak sifat-sifat Budaya Melayu
yang menolong kami menjadi
lebih kuat sebagai satu keluarga
atau kumpulan .

Kita sepatutnya bersyukur kerana
Budaya kita memberi kita
peluang untuk bersama-sama
antara satu sama lain bergini dan
mengambil peluang ini dan menggunakannya
kerana ia hanya boleh menguntungkan .

~ada sedikit informasi yang diambil
daripafa sebuah artikel bertajuk
Bergotong-Royong~

*******

Itu saja yang akan dicatat !
Bai !
Sabb ;)
back to the top
Sayanglah Budaya Kita .
6:22 AM
SAYA
BUDAYA MELAYU

Pengalaman ini - mempelajari tentang
budaya Melayu - adalah sesuatu yang amat
menggembirakan dan tentu tak akan saya lupakan .

Saya telah mempelajari tentang
Budaya Melayu sehingga kedalam-dalamannya
dan di aspek-aspek yang tidak pernah saya
terfikirkan .

Saya telah mengada kelas yang
sungguh menarik dengan cara
belajar yang creatif dan aktif ini .

Saya mahu memberitahu kepada semua
orang Melayu di mana-mana sahaja !

Jangan malu mengatakan yang kamu
seorang Melayu ! Itu adalah identiti kamu
dan jika ia tiada kamu tidak akan ada
Budaya kaum sendiri .

Kita harus berpegang teguh kepada
Budaya ini kerana ia bukan
sahaja membuat kami seorang lebih baik
dan gembira tetapi membentukkan
kami kepada arah yang tertentu dan
membuat personaliti kita lebih disukai orang.

Ia juga meninjuk kepada orang
yang kita ada Budaya dan tidak melu untuk
memunjukkannya .

Ramai orang memikirkan yang
'oh , orang Melayu malas'
atau pun ' Orang Melayu? Oh
kaum yang tidak beristi adat itu ya ?'

Kita harus membuktikan kepada orang-orang
yang memikirkan bergitu yang , tidak !
Kami tidak malas dan mempunyai
adat isi adat yang kuat dan teguh !

Kita harus mengubah cara meraka-meraka
semua yang mengatakan bergitu dan
memberitahu dan menunjuk kepada mereka
yang mereka salah dan sebenarnya ,
kami budaya yang kuat, bersatu ,
bergotong-royong , bergembira ,
beradat, bersopan , berbudi
dan amat bekerja-keras
bukan hanya untuk pelajaran dirikita sendiri atau
pekerjaan kita sendiri tetapi juga untuk
keluarga kita sebagai keseluruhan .

Kita harus memberitahu dan membuat mereka
sedar yang buday mereka bukan hanya yang
satu yang terbaik . Budaya kita juga amat
baik dan kita tidak berasa malu atau takut
sedikitpun untuk menunjukkanya kepada dunia .

Dengan itu , kita harus menyayangi budaya kita
dan orang juga akan mengubah cara mereka
melihat budaya kita .

Saya amat menyayangi budaya Melayu saya ini
dan harap , daripada masukkan-masukkan
sebelumnya ini , remaja-remaja
atau sesiapapun yang dahulu sedikit
ragu-ragu untuk mengatakan yang
meraka orang Melayu akan sedar diri dan ubah
perasaan malu ini kepada perasaan
bangga, gembira dan sayang .

Itu hanya yang boleh saya mengatakan
daripada pendapat saya .
Saya harap kamu semua yang telah membaca blog saya
ini telah menyukainya dan
mempelajari sesuatu daripadanya .

*********

terima kasih semua .

Sabrina Faisal
YTSS
umur 13
back to the top